RSS


Open Cbox

beRaNi puNyEr bUdAk!!!

filem seterus nya yg akan ku tonton di pawagam...kah3...ada johan n nabil raja lawak...huhu

Berani Punya Budak, sebuah filem arahan Afdlin Shauki membuat kelainan apabila ia melibatkan kerjasama antara 2 syarikat produksi daripada 2 buah negara, iaitu VW &Ismail Holdings. Seperti biasa, Afdlin Shauki sering mengetengahkan filem berkonsep humor dan filem ini didokong oleh barisan pelakon hebat seperti Awie, Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimie & Adlin Aman Ramlie. Jadi, boleh bayangkan lawaknya macam mana, kan?

Sinopsi ringkas, Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.


Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan.

Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia. Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri.

p/s : tngok jgn x tngok....huhu...nk blnje?

0 comments:

Post a Comment