RSS


Open Cbox

NuR kASiH

_____________________________________________________________________
Starring: Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Ummi Nazeera, Liza Othman, Dato Jalaludin Hassan, Rahhim Omar, Sheila(ni drama punye)
MamboScreenplay By:Mira Mustaffa
Directed By:Kabir Bhatia
Plot Outline:Setelah adam berjaya mendapatkan cinta nur..setelah aidil mendapat kepercayaan aliya..setelah sarah benar -benar insaf..apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta….nantikan Nur Kasih The Movie….
_____________________________________________________________________
trailer :
sinopsis : 

DRAMA bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.
Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.
Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.
Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

 ____________________________________________________________________

Drama yang diminati ramai yang disiarkan di TV3 “Nur Kasih” kini dalam proses untuk difilemkan pula. Pergambaran juga telah mula dijalankan pada hari ini 20 Jun 2010 dan bila bakal disiarkan dipawagam belum lagi diketahui


tngok dulu OST nur kasih the movie (Tiz Zaqiyah feat Yassin) :
lirik lagu OST Nur Kasih the Movie :

Lirik lagu Nur kasih the movie
Lewat kini kurasakan kasih kian kudambarkan
resah hati yang ku pendam pada takdir dan harapan
detik waktu dan suratan siapa tahu ketentuan
ku mencari cahayanya dalam bayang kegelapan
nur kasih nur kasih
masih hidup dan pilihan lain untuk setiap insan
melayarkan perjalanan dalam maya kesamaran
nur kasih nur kasih
aku kembali kerana masih mencari yang hakiki sih tak pasti
janji suci yang abadi
nur kasih nur kasih ya nur kasih nur kasih
aku kembali kerana masih mencari yang hakiki sih tak pasti
janji suci yang abadi
nur kasih nur kasih


p/s : afiffaiz pon dah xasabar nak tngok....harap2 dalam 3D la..kui3

pic : sumber
cerita : sumber




sELaMat tinGGaL saHabat

xaci btol
asal TESL boleh dapat g Australia, afiffaiz yg ambik PK kt maktab yg sama xdpt plak g.... huhuhu, dapat antar dorg sampai KLIA jer(14 feb)
sedih xtau nk ckp pe, dapat ceritakan dgn pic-pic jer.... jumpa la lg 2 tahun erk <3
sanggup afiffaiz ponteng 1 hari kelas semata-mata nk g tngok dorang ni, xpatot sampai tinggal kelas..
hahaha, sedih2 pon sempat gak kacaw dorang... lagi2 si judin yg gempal tu dan si alif tu dah bajet dah jadi warga australia nampak, kah3
dari kiri : AJ @ Aisyah Jamal, afiq @ sudu besi, afiffaiz, Judin Averos @ judin cute, azizul hafiz @ ayam

p/s : afiffaiz ada didalam pic diatas... sedih kn muka afiffaiz, kah3, bajet jer




30 MiniT di JoHnny's

nyum3~ hahaha....
jumaat,18 feb - afiffaiz dilihat telah ke Lowyat mencari Tetikus utk lappy nyer bersama seseorg... siapakah dia??? hahaha... ne bleh bg tau, undi adalah rahsia...
siap2 beli tetikus shj afiffaiz dgn si dia g la Johnny's di times sQuare...nk rasa la kan...lg pon si disa ni ngada2 nk makan sgt kt Johnny's tu, so nk xnk afiffaiz terpaksa la ikot, sebab si dia yg berlanja...kui3...
sampai jer terus jumpa mamat waiter segak, hensem, tampan, menawan pelawa masok...eceh, nagade2 la restoran ni...siap bawak tunjuk tempat duduk....tanpa lihat buku menu si dia terus jer tempah set steambot utk 2 org...ak ikot jer la, org yg nk belanje kan... 

sembang2 tunggu set makanan td sampai apa lagi, panaskan periuk la, hak3....

ni ha, menu yg telah dipesan :

laju x laju la, sampai jer makanan terus sumbat dalam periuk, ntah masak ntah x, makan terus, kui3....tepat jer 30 minit, jam dah tunjuk 7.10p.m...apa lagi si dia cepat2 bayar, afiffaiz takot nk bawak anak org kuar lama2.....huhuhu

p/s : si dia balik ddari situ terus lebam2 muka, elergic seafood la tu..hak3, padan muka... afiffaiz seronok sebab kenyang hati pon gumbira....




V-day???


HUKUM SAMBUT VALENTINE DAY

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.
Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).


Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

 pic apa ni???
p/s : afiffaiz mengucapkan selamat menyambut maulidur rasul esok ... sama2 kita g berarak. huhuhu




ComeY nYer!!! (^_^)


Paper Child Art???.... apa tu??? Paper Child Art ialah dimana karektor anime atau manga yang di lukis diatas kertas dan kemudiannya di potong serta di ambil gambar dengan sudut perspektif tertentu seperti ianya hidup.

perghhhh!!!! Menarik bukan!!, dibawah ada beberapa Paper Child Art yg pastinya membuatkan korang termasuk afiffaiz terpengun melihat betapa comelnya karektor ini seolah-olah ianya hidup.
comey kan!!!! afiffaiz suker sgt2....
contoh mcm mane ia dihasilkan ada kt bawah ni afiffaiz selitkan : 
 sumber : naldzgraphics 
p/s :  afiffaiz  nak wat tp xreti...ada saper2 nak wat kan x??? please!




Cabutan Bertuah Pengunjung Blog Peja!



marilah sama2 memeriahkan blog PEJA... ada cabutan bertuah... law dah rezeki boleh bawa balik wang tunai!!! 

nk masuk cabutan bertuah tu senang jer, klik pejasukri.blogspot.com