RSS
Open Cbox

pUasA & kELeBiHan sOLaT teRaWih


Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.



Syarat Wajib Puasa

  • Berakal

  • Akhir Baligh (Cukup umur)

  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa

  • Islam

  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)

  • Suci daripada haid dan nifas

  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

Rukun Puasa

  • Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.

  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

  • Makan dan minum dengan sengaja

  • Muntah dengan sengaja

  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan

  • Keluar darah haid atau nifas

  • Gila

  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa

  • Orang yang sakit

  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.

  • Orang tua yang sudah lemah

  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :


1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

KL Gangster VS Abangku Gangster

KL Gangster
vs

AbangKu Gangster 
Antara video yang Macho+Kacak dihasilkan oleh anak tempatan Malaysia.


p/s : KL gangster tngah KOT tu.. tngok jgn x tngok, support filem tempatan..

MunGkin aKu kot~

hi la bila dh xtaw nk update letak apa kt blog ni..
huhuhuhu~

 VAZ - mungkin jodoh
p/s : harap2 ak la kot pd si A

beRaNi puNyEr bUdAk!!!

filem seterus nya yg akan ku tonton di pawagam...kah3...ada johan n nabil raja lawak...huhu

Berani Punya Budak, sebuah filem arahan Afdlin Shauki membuat kelainan apabila ia melibatkan kerjasama antara 2 syarikat produksi daripada 2 buah negara, iaitu VW &Ismail Holdings. Seperti biasa, Afdlin Shauki sering mengetengahkan filem berkonsep humor dan filem ini didokong oleh barisan pelakon hebat seperti Awie, Afdlin Shauki, Johan Raja Lawak, Nabil Raja Lawak, Riezman Khuzaimie & Adlin Aman Ramlie. Jadi, boleh bayangkan lawaknya macam mana, kan?

Sinopsi ringkas, Shuhami Abdullah/Tong (Afdlin Shauki) baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun dia telah ditangkap oleh pihak Interpol & disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi berceritakan mengenai kehidupan abang iparnya.


Pairot, kembali semula menjalani kehidupan normal selepas keluar daripada penjara dan dia menguruskan restoran bersama iparnya, Tong. Kemudian, satu hari Pairot mendapat satu panggilan untuk melaksanakan tugas terakhir, iaitu mencuri data peribadi pelanggan daripada sebuah syarikat kad kredit.

Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu tidak dapat diselesaikan.

Pairot terpaksa melakukan kerja itu dan berjaya melepaskan Tong. Namun, perkara tersebut menjadi kucar kacir apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah & diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia. Mereka berdua berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk menjumpai timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri.

p/s : tngok jgn x tngok....huhu...nk blnje?

aPa nAk jaDi... seRam2~



salam, seram2 bila dengar pasal kes rogol ni, huhu, lg2 law terjadi pd ahli keluarga kita kan... mintak2 dijauhkan la masalah mcm tu... banyak sgt dh aku tngok berita pasal kes rogol ni, apa la nk jd... gian sgt dh kot si perogol ni...
_______________________________________________________________________________
Definisi Rogol  
-Rogol (atau pencabulan) adalah serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius.
_______________________________________________________________________________

apa la, salah siapa??? ntah la... salah binatang kot.. korang jaga la ahli keluarga korang supaya masalah ni x menimpa ahli keluarga n korang sekali...
banyak faktor2 yg boleh dikaitkan dgn punca berlakunya mslh ni, nk ckp pon dah malas, ni salah satu faktor yg mnyebabkn nafsu sang perogol ni membuak-buak...kih3 :


 
ak tngok pon dh mcm2 ak bayangkn...
oleh tu, banyak langkah yg boleh dilakukan utk elak bende ni terjadi..antaranya DOA.. ak terjumpa doa ni baik utk diamalkan x kira sape2 pon, terjumpa doa ni masa layan zaharuddin.net .. DOA tu Khusus utk elak rogol & cabul :-
 

DOA KHUSUS ELAKKAN CABUL & ROGOL

رَسُولَ اللَّهِ  يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM 
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ;   At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah  Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
 
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya. 

p/s : amalkan...baik untuk kesihatan..huhu, renung2 kn dan selamat beramal...

sumber :

pAntuN jiWanG kot, Xtahu la ak..~



Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga

Petik sayur si daun maman
Makan berulam daun pegaga
Habis tahun berganti zaman
Kasih adinda kunanti jua

Hijau nampaknya Bukit Barisan
Puncak Tanggamus dengan Singgalang
Terbang nyawa dari badan
Kasih di hati takkan hilang

Indra Giri pasirnya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Ibarat Nabi kasihkan umat
Begitu saya kasihkan tuan

Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan?

Burung merbuk membuat sarang
Anak enggang meniti di paya
Tembaga buruk di mata orang
Intan berkarang di hati saya

Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan nyawa saya serahkan

Anak campuran Cina-Melaka
Pulang ke rumah di Bukit Pekan
Andai kena dengan cara
Nyawa dan badan saya berikan

Anak ruan tidak terluang
Benang sutera di dalam buluh
Hendak buang tidak terbuang
Sudah mesra di dalam tubuh

Tumbuk padi jadikan emping
Buat juadah teman sebaya
Pipit hendak bertenggek ke ranting
Sudikah enggang bertenggek sama?
Kain cindai dilipat-lipat
Lipat mari tepi perigi
Kalau pandai Tuan memikat
Burung terbang menyerah diri

Kiri jalan kanan pun jalan

Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

Pucuk pauh batangnya pauh
Di tengah-tengah pokok mengkudu
Adinda jauh kekanda pun jauh
Sama-sama menanggung rindu

Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
Manis lagi senyuman Tuan

Sayang Musalmah pergi ke taman
Hendak memetik sekuntum bunga
Sudah ada dalam genggaman
Bilakah dapat hidup bersama?

Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa ponggor berdaun
Kasih cik adik saya terima
Menjadi hutang beribu tahun

Sayang Laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh Datuk Menteri
Tuan umpama minyak yang penuh
Sedikit tidak tertumpah lagi

Sayang pelanduk di luar pagar
Mati ditembak patah kakinya
Tujuh tahun gunung terbakar
Baru sekarang nampak apinya

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Harum baunya si bunga Tanjung
Harumnya sampai puncak gunung
Tuan umpama sekaki payung
Hujan panas tempat berlindung

Tajam kapak dari beliung
Hendak menebang kayu berduri
Tuan laksana kemuncak payung
Saya di bawah menyerah diri

Hujan panas turun berderai
Guruh menyambar pohon jati
Kasih sayang tak boleh bercerai
Bagaikan rambut bersimpul mati

Hilir berderap mudik berderap
Patah galah di dalam perahu
Tuan laksana si bunga Dedap
Cantik merah tidak berbau

Orang berhuma di Pulau Balangan
Asap apinya tabun-menabun
Tuan laksana bunga kayangan
Kuntum Kasturi tangkainya embun

Kalau Tuan pergi ke Jambi
Ambil air Cik Tahir jurubatunya
Kalau Tuan hendakkan kami
Bakar air ambil abunya

Beli cempedak dari Juana
Mari dibelah di atas tudung
Jika berhajat menyunting bunga
Jumpa wali di atas gunung

Buah jering di atas para
Diambil budak bawa berlari
Kering laut tanah Melaka
Baru saya mungkirkan janji

Buih kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidakku lupa pada yang kasih

Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung

Limau purut lebat di pangkal
Batang selasih condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati kasih apa ubatnya?

Layang-layang terbang melayang
Jatuh ke laut disambar jerung
Siapa bilang saya tak sayang?
Kalau bunga rasa nak kendong

Layang layang terbang melayang
Jatuh di laut melayang layang
Siapa bilang saya tak sayang?
Siang malam terbayang bayang

Layang-layang disambar nuri
Madu kelapa dalam tempayan
Lagi tak hilang bukit Puteri
Tidak kulupa kasihmu Tuan

Langit cerah awan membiru
Dinihari embun pun jatuh
Sakit sungguh menanggung rindu
Di dalam air badan berpeluh

Indah nian bulan mengambang
Keliling pula bintang bercahaya
Wajah tuan bila ku pandang
Bagai melihat pintunya syurga

Ikan belanak di tengah muara
Daun suji di dalam puan
Tiada sanak tiada saudara
Kalau sudi terimalah Tuan

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama abang seorang

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Huduh buruk di mata orang
Cantik manis di mata saya

Tinggi tinggi mata hari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya mencari
Baru sekarang saya mendapat

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan,
Biar jauh beribu batu
Jauh di mata di hati jangan,

Surat ku layang untuk berkata
Penyampai hasrat kata di hati
Kalaulah sungguh kasihkan saya
Jangan dibuang sampai ke mati

Kedondong batang sumpitan
Batang padi saya lurutkan
Tujuh gunung sembilan lautan
Kalau tak mati saya turutkan

Burung terbang menarik rotan
Lalu hinggap di kayu Jati
Tujuh gunung tujuh lautan
Belum dapat belum berhenti

Ke Teluk sudah ke Siam sudah
Ke Mekah saja aku yang belum
Kupeluk sudah kucium sudah
Bernikah saja aku yang belum

Di Tanjung Katung airnya biru
Disitulah tempat mencuci mata
Duduk sekampung lagikan rindu
Inikan pula jauh dimata

Laju-laju perahu laju
Lajunya sampai ke Surabaya
Lupa kain lupakan baju
Tetapi jangan lupakan saya

Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Bunga Cina jambangan Cina
Bungkus inai dalam kertas
Sungguh saya bena tak bena
Di dalam hati haram tak lepas

Bunga rampai di dalam puan
Buluh perindu di atas gunung
Adakah sampai kepadamu tuan?
Rindu kekanda tidak tertangung

Ayam disabung jantan dipaut
Jika ditambat kalah laganya
Asam di darat ikan di laut
Dalam belanga bertemu jua

Angin Barat dari gunung
Berhembus lembut terlalu nyaman
Baru kelibat adik menyongsong
Kembali segar semangat di badan

Orang mengail ikan cencaru
Dapat ikan bawa ke jeti
Kalau tuan kata begitu
Barulah senang di dalam hati

Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata jangan dibuang

Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati

Berkurun lama pergi menjauh
Wajah kulihat di dalam mimpi
Kalau dah kasih sesama sungguh
Kering lautan tetap ku nanti.

Anak buaya anak memerang
Anak biawak luka kepala
Badan merantau sakit dan senang
Pada adinda sedikit tak lupa

Kukutip bunga buat karangan
Karangan diletak di atas peti
Ingin ku sunting bunga di jambangan
Buat penyeri di taman hati

Sekapur sirih seulas pinang
Ada berkunjung budaya Melayu
Terjunjung kasih tersimpul sayang
Terikat terkurung kasih nan satu

Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar dipohon meranti
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi

Malam ini malam Jumaat
Pasang dian kepala titi
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang di dalam mimpi

Hilang sepi diraut wajah
Usah terlerai nilainya budi
Setia janji takkan berubah
Kasih tersemai tetap abadi

Kalau tidak kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Kalau tidak pada tuan
Tidak tuan siapa lagi?

Pohon sena cabangnya empat
Mari tebang waktu pagi
Kalau kena dengan makrifat
Burung terbang menyerah diri

Gunung tinggi dilitupi awan
Berteduh langit malam dan siang
Bila adik mengirimkan pesan
Hancur seluruh sendi abang

Air pasang limpah ke pasar
Tanam pinang kelapa mati
Di manalah tuan belajar
Pandai mencari isyarat hati?

Tajam tubuh si buah gading
Hendaklah ikat bersama tali
Hancur luluh tulang dan daging
Namun kulupa tidak sekali

Hujan turun badan pun basah
Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu?

Fikir memikir sama lawak
Jangan dibawa ke Tanjung Jati
Sindir menyindir sesama awak
Jangan dibawa masuk ke hati

Anna Abadi mengambil cawan
Untuk diisi air kelapa
Amat tulus kasihmu Tuan
Sampai ke mati adinda tak lupa


sumber : ntah la ak x ingat dari mana ak dapat pantun ni semua tp yg pasti ak jumpa ni dlm folder lama dlm lappy  ak...so share kn jer la...

aHaD yG hEniNG ~

atucara majlis [dr kol 12.01 a.m -2.00 p.m]

12.01 a.m - layan Man U vs Man C kt restoren mamak Hajris(siot Man U kalah la plak)
03.00 a.m - xngntok lagi, dok layan Fb n Myspace jap
05.00 a.m - mula maen counter strike...
05.30 a.m - still maen counter strike...
06.00 a.m - layan maharaja lawak minggu 3 jap, kah3(gelak smpai 1 flat dengar kot)
06.55 a.m - solat subuh
07.30 a.m - g bli sarapan la, lapar kot (^_^)
08.00 a.m - menguap lalu tidor berselimut (sejuk kot)
08.30 a.m - start mimpi nie~
09.00 a.m - mimpi kuar mkn dgn artis miera liyana... awww~(bkn mimpi basah)
09.30 a.m - clash dgn miera liyana....
10.00 a.m - mimpi bli satri Neo CPS R3 plak dah (adus bila nk dapt bli n pakai btol2 ni)
10.30 a.m - ntah ak mimpi apa pon ak xsedar dah...
11.00 a.m - terbangun, ingatkn nk mkn pe tngah hari ni...
11.30 a.m - pergi terus ke pasaraya beli ikan keli(tanpa mandi n gosok gg)
12.00 a.m - terfikir nk wat Barbeque, apo lagi project dilaksanakan

 
xsama kan dgn aku??? hahaha
payah btol nk bersihkan ikan keli ni...
 nak hidupkan api n bara ni pon payah, adoiyai
 eh! ada ayam plak...makan besar hari ni, kah3!
haha, muka sengal depan api...
mcm dh nk hangit jer ni!
 apa lagi makan la jom..huhuhuhu
01.00 p.m - layan TV2, dah kenyang xtaw nk wat apa dah...
01.30 p.m - baring2 jap tunggu azan zuhur, solat zuhur
02.00 p.m - dengan x mandi lgi terus tido....

p/s : sapa yg boring leh ajak ak kuar, ak pon tngah boring ni.... Miss QM law nak dtg la n pujuk sy soh watkan..kui3

DuLu uPin & iPiN, sEkaRaNg???


alamak, apa sudah jadi?
aku baca Utusan hari tu, lapan kartunis termasuk tiga orang penting di belakang Les’ Copaque Productions Sdn. Bhd. (LCPSB), syarikat bumiputera yang menghasilkan rancangan kartun terkenal Upin dan Ipin, bertindak berhenti kerja dan buat company baru.
pengarah filem kartun Upin dan Ipin, Mohd. Nizam Abdul Razak kini menubuhkan syarikatnya sendiri, Animonsta Studios bersama rakan kongsinya, Mohd Safwan Ab. Karim (Safwan) dan Muhammad Anas Abdul Aziz (Anas)


rupa-rupanya diaorang dah keluar dari Les’ Copaque sejak September lalu, apapun tak lama lagi, produk sulung diaorang akan keluar dan semestinya ia akan memberi saingan sengit pada Upin dan Ipin
produk animasi terbaru mereka itu diberi nama Boboiboy.

SETELAH berjaya mencipta fenomena Upin & Ipin yang sehingga kini menjadi perbualan ramai, pengarahnya, Mohd. Nizam Abdul Razak atau Nizam kini muncul dengan produk animasi terbarunya, Boboiboy. Dulu ramai yang terpegun dengan hasil kerja yang dilakukan Nizam dan rakan-rakannya dalam menterjemah animasi Upin & Ipin sehingga berjaya diangkat ke layar perak.
Maka, tidak mustahil jika lebih ramai yang akan teruja menanti buah tangan terbaru mereka yang lebih segar dan menarik itu. jika Upin & Ipin sehingga kini kekal dengan konsep 1Malaysia, Boboiboy pula mengetengahkan animasi tiga dimensi (3D) superhero berwajah tempatan.


Karektar dalam BoBoiBoy :
Dalam usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboiboy akan terpisah kepada tiga orang iaitu :
Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir.

karektar lain : 
Gopal iaitu karakter budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain.
Ying karakter budak Cina yang mempunyai kuasa yang membolehkannya bergerak pantas berbanding rakan-rakannya yang lain.
 Yaya pula merupakan karakter kanak-kanak perempuan comel yang bertudung.
 makhluk asing yang membawa pulang biji kopi ke planetnya, namun kerana aroma dan rasa kopi yang begitu sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi tersebut.
video
sneak peak BoBoiBoy
 p/s : Boboiboy bukan saingi Upin & Ipin. jgn lupa saksikan BoBoiBoy setiap ahad jam 7.00mlm


sumber : link 1



PerMohonaN dalam taLian KurSus perguRuan lepasan SiJiL PelajaRan MaLaysia (SPM) amBilan Jun 2011



merujuk perkara diatas, kpd blogger2 yg ada adik, akak, sedara mara yg baru lepas SPM boleh la isi borang secara Online. cara2 nye???? senang jer,

cara-caranya :
1 - g BSN n beli no PIN maktab, kemudian
2 - lawati laman web moe.gov.my  utk isi borang online
3 - isi borang sehingga selesai dan klik submit or hantar
4 - berdoa banyak-banyak....kui3

senang jer kan??? OK sebar2 kan berita ni...


LINK UTAMA : moe.gov.my


LepAk seBentaR di Carl's Jr.


arghhh!!! boring2, tu la luahan aku ptg tu bila xde kerja nak buat.. mulalah rasa nak dengar lagu nk layan jiwang beb! hahaha... aku law dengar lagu mst kne pakai earphone, DEM! ptg tu boleh plak earphone ak xde.. sape plak yg rembat earphone aku ni, ni yg xmo letak barang berharga atas meja laptop ak ni.. hurmm! benda dah hilang kan xguna dikenang lagi, so ptg tu gak ak g lowyat dgn si Muiz ni... setel je sambar 1 earphone sony terus balik...
OTW nak balik,
krohhhh!!! krooohhh! kroohhh! bunyi perot, lapar rupanya aku ni.. hahaha...
apa lagi timbul plak rasa nak makan besar ptg tu. Apa lagi mintak pendapat si Muiz nk makan kt ne, si mUiz x abis2 ajak makan kt Subway, giler ke apa budak ni, sedap sgt ke Subway tu.. tibe2 muncul idea nk makan burger kt Carl's Jr kat Mid Valley Megamall. apa lagi dengan perasaan membara g la walaupun masa tu hujan lebat KL ni, xper naik kete so cool jer redah hujan...hahaha.. sampi Mid apa lagi teruskan destinasi  iaitu Carl's Jr depan pawagam Mid tu..
Order kaw2 punyer, abis RM31.00 utk 1 set Burger Carl's Jr, gilo ke apa aku ni makan melampau harganya, xpe la sekali sekala....



maklumat lanjut berkaitan carl's Jr :  





GaTo tu aku yG pUNyEr!!!


apa itu gato??? gato tu nama kasut Nike la, kui3, bkn alligator k...

NIKE GATO

wow!!! dh dpt kasut futsal yg afiffaiz idamkan itu..kui3
cadang nk yang mcm safari Ronaldo pakai tu(pic bawah ni), tp xde plak, tension btol!
nike gato ni yg afiffaiz nak ni xde lg kt al-ikhsan, dem!!! 

so terpaksa la ambik yg grey pink orange tu, cun gak tuh! kah3
ni gato yg afiffaiz beli, comey kan??? 
 
sweet jer kaler nyer...hahaha, ala2 pink gitu..
afiffaiz beli kasut ni kt al-Ikhsan Bukit Bintang, xtaw nk cri kt man, so cari la gato tu kt situ..harga??? pergh!!! mcm mahal mcm tak, afiffaiz beli dgn harga RM219.00 kt al-ikhsan.. munasabah x harga kasut tu??? nak xnk, minat nyer pasal beli la gak walaupun seram2 jer nk kuar kan duit tu...dapat la free gift bag boot jenama al-ikhsan....


afiffaiz dh pakai kasut tuh, pergh!!! sedap jer pakai...tebal span n kain dalam nyer, ringan plak tuh!! best3, afiffaiz like3!!!

now, member2 tngok semua nk ikot afiffaiz pakai kasut kaler tuh, menarik katanya???
dem! yeke??? xlimited la mcm ni law ramai yg guna..hahaha


now, afiffaiz sedang berlagak menggayakan kasut itu..kui3, jgn marah...



aFiFFaiZ.bLoGspoT berWaJah baRu!!!


hurmmm~
lawa ke blog ni dgn templat baru???
rasa cm biasa jer...kah3

pape pon template ni dipilih adalah kerana suka2 xde kne mngena dgn saper2..
blogger2 yg ada guna templat ni sori erk...terikut..kui3

afiffaiz pilih templat koz nmpak sejuk jer bila tngok...rasa nk marah terus hilang...kah3, apa lagi jgn lupa follow blog ni er....... i love u!!!!

 
wajah lama blog afiffaiz (^_^)




NuR kASiH

_____________________________________________________________________
Starring: Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Ummi Nazeera, Liza Othman, Dato Jalaludin Hassan, Rahhim Omar, Sheila(ni drama punye)
MamboScreenplay By:Mira Mustaffa
Directed By:Kabir Bhatia
Plot Outline:Setelah adam berjaya mendapatkan cinta nur..setelah aidil mendapat kepercayaan aliya..setelah sarah benar -benar insaf..apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta….nantikan Nur Kasih The Movie….
_____________________________________________________________________
trailer :
video
sinopsis : 

DRAMA bersiri popular Nur Kasih pada tahun lalu disajikan penuh dengan cerita cinta antara Adam lakonan Remy Ishak dan Nur Amina (Tiz Zaqyah) serta pengorbanan Aidil (Fizz Fairuz) kepada adiknya, Adam.
Jika dalam drama bersiri, Aidil terpaksa mengorbankan cintanya kepada Nur Amina demi Adam tetapi pengorbanan Aidil tidak terhenti dalam drama yang disiarkan sebanyak 26 episod itu.
Ini kerana dia masih lagi menerima pelbagai dugaan dan ranjau dalam menempuhi kehidupan menerusi sekuel terbaru Nur Kasih yang disambungkan dalam bentuk filem.
Untuk filem berjudul Nur Kasih The Movie itu, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) yang meninggal dunia.

 ____________________________________________________________________

Drama yang diminati ramai yang disiarkan di TV3 “Nur Kasih” kini dalam proses untuk difilemkan pula. Pergambaran juga telah mula dijalankan pada hari ini 20 Jun 2010 dan bila bakal disiarkan dipawagam belum lagi diketahui


tngok dulu OST nur kasih the movie (Tiz Zaqiyah feat Yassin) :
video
lirik lagu OST Nur Kasih the Movie :

Lirik lagu Nur kasih the movie
Lewat kini kurasakan kasih kian kudambarkan
resah hati yang ku pendam pada takdir dan harapan
detik waktu dan suratan siapa tahu ketentuan
ku mencari cahayanya dalam bayang kegelapan
nur kasih nur kasih
masih hidup dan pilihan lain untuk setiap insan
melayarkan perjalanan dalam maya kesamaran
nur kasih nur kasih
aku kembali kerana masih mencari yang hakiki sih tak pasti
janji suci yang abadi
nur kasih nur kasih ya nur kasih nur kasih
aku kembali kerana masih mencari yang hakiki sih tak pasti
janji suci yang abadi
nur kasih nur kasih


p/s : afiffaiz pon dah xasabar nak tngok....harap2 dalam 3D la..kui3

pic : sumber
cerita : sumber