RSS
Open Cbox

borinG, boRing, bOriNg.....

hmm, ntah apa yg ak nk wat hari ni (29 nov 2010)...
boring giler dok rumah, cepat la start sem baru... dah nak naik berat badan dok rumah, asyik makan, tido, tngok tv, hadap lappy.... korang rasa apa yg aku patut wat???? bg cadangan sikit... help!!

setakat ni aku cuma larat nak gelak jer tngok video BELACAN dan PAKU ni....
korang tau ke sape Belacan dan Paku ni?? sorang nama Belacan, sorang lagi nama Paku, law x silap dorg ni pernah study kt u di sarawak...hahaha....kelakar plak layan video dorang kt youtube...
boring2 dok rumah pon dapat la gak gelak tngok dua org mat saleh ni...
so, korang pon layan gak la...
hahaha..dah puas senyum n ketawa???
layan la bnyk lagi video Belacan dan Paku ni kat youtube, senang je, bakak youtube taip la Belacan dan Paku kat ruang search...
xpon korang terus jer klik link yg aku sedia kan ni more video Belacan dan Paku
selamat menonton n bergumbira..kui3

aku tetap boring ni, xde ker orang ajak aku kuar jalan2, or makan2 ke?????...

suSah ke nAk sEnYum???

hahaha...mst korg tertanyer-tanyer aku ni susah ke nk senyum...
sebenar nyer ak senang jer senyum, TAPI xde r sampai nampak gigi aku yg cun nie....
nak taw kenapa ak segan nak senyum samapi tunjuk gigi aku nie???

sebenarnyer segan nak tunjuk kt korang2 yang ak pakai BRACES....korang taw apa tu braces???
ni ha braces yang ada pada gigi aku :
hahaha, pagi 25/11/2010, pagi tadi aku g r temujanji dgn doktor orthodontik kt Klinik Pergigian Besar di Selangor... 1st, aku nyer bands tercabut terkeluar dari gigi, so aku suruh la doktor tu ganti n pasang ketat bg xtercabut lagi...siap jer ganti bands baru, dia suruh aku pakai ring elastics... katanya nak tarik gigi atas aku ke bawah sikit.. so aku pakai la seperti yang disarankan...sekarang ni nk bukak n nganga mulut pon dah payah... jd pendiam la aku pas nie...
mana x nyer, elastics yang aku pakai tu dah la kenyal, pakai silang plak tu..ada mcm pic kt bawah ni apa itu elastics:
alhamdulillah, gigi aku skrg ni ada la terurus or lurus... law x dulu masa belom pakai, mak ai terabur...kah3aku dah pakai braces ni hampir 2 tahun lebih, bila ntah nak buka..doktor pon xpasti, apa yg doktor cakap,
"gigi kamu ni teruk gak nak dibetulkan, jadi ambil masa sikit la faiz..." hahahahaha....
~TAMAT~

aDuHai Corby kU saYang...


ini lah Corby WiFi saya (Samsung S3650 Corby) :-
 
Grrrrrrr~
geram n sedih rasanya bila barang yg aku syg ni cedera....
23/11/2010 aku g la ke pekan Sg.Besar, tujuannya nak la g bank kuar kn sikit duit kt ATM, maklumlah xde duit nk beli top up, kredit pon dah rm0.00, dalam dompet pn ada brape sen jer.... jd ak g la bank nk kuarkan duit.....kuar jer dari kete aku pon bawak la Corby aku ni masuk bank sekali...

selesai jer aku kuarkan duit dr mesin ATM, aku keluar jer bank ada la seorang hamba tuhan meminta sedekah, aku pn cadang nak derma la, lg pun dalam suar jeans aku ada sikit duit kecik... masa nk kuarkan duit tu, aku tertarik sekali dengan Corby aku nih, apalagi!!!! terjatuh la Corby yg aku syg sgt nih.... sedih giler aku tngok Corby aku nih jatuh bagaikan sehelai kertas yg ditiup angin petang yg damai...

kesan dri terjatuh tuh, Corby aku calar-calar sikit.... tp xper la, xnampak sgt, lagipun xde apa-apa kerosakan yang teruk...KECUALI, apa yg buat aku sedih sgt2 bila timbul satu garisan kurang menarik pada skrin Corby aku tuh.... Pixel pecah kot... keaadaan Corby aku ada aku sertakan dibawah:

setiap kali aku nk balas msg or jawab panggilan mesti terlihat garisan di skrin Corby aku dgn sayu.... nape la kau jatuh Corby...nasib la nk wat cmne lg kan... nk g hantar kt Samsung malas la plak walaupun masih lg under warranty.... xper la, ada rezeki teringin plak angkat iPhone 4G ke, Blackberry Torch ke or apa2 PDA la...
[kesian mija Corby dia hilang...]
p/s: Pyja nk beli Corby saya???kui3~

Surat Berantai? Ramai Khurafat

Surat Berantai? Ramai Khurafat: "
Gambar Dan nickname Dirahsiakan


Salam semua kepada pembaca blog teruna sungguh suci ni.. heh. sihat tak korang? Oklah kali ni aku nak cerita sikit pasal surat berantai, korang tau tak ape surat berantai? biar aku terangkan.(petikan daripada ustaz zaharuddin) Kita sering menerima surat tanpa nama pengirim ini dari semasa kesemasa.Surat ini juga ditabur di masjid-masjid dan tempat-tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya aku paparkan contoh surat berantai terkini ( yang sentiasa diubah dan ditambah).


Korang nampak tak gambar atas tu? memang benar ayat atas tu sangat bagus, tetapi yang aku highlightkan tu korang berhati-hati sikit, sebab boleh bawa khurafat benda tu.. Memang tak dinafikan naluri manusia untuk tidak melanggar peraturan, tapi itu hanyalah mainan ayat palsu sahaja..


Mungkin ade orang taksub dengan surat berantai ni, dan terus forwardkan kepada rakan-rakan, aku cakap terus terang ni, benda tu sebenarnya tak elok, jika surat itu melampau.. boleh dikategorikan sebagai khurafat. Aku nak cerita panjang lebar takut tersilap plak, so aku amik jawapan dari Ustaz Zaharuddin


Komen daripada Ustaz Zaharuddin
Tidak dapat dinafikan naluri manusia memang ada kelemahan, akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:


'Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan.' (Riwayat Thabarani)


Oleh karena ketiga perkara ini hanya semata-mata perasaan yang tidak berpengaruh pada suatu sikap dan perbuatan, maka dimaafkannya oleh Allah.


Dan diriwayatkan pula dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:


'Tathayyur (merasa sial) adalah syirik.' 3 kali.


Dan Ibnu Mas'ud sendiri berkata: ' Setaip orang akan ada perasaan-perasaan 'sial', dan lain-lain tetapi Allah akan menghilangkannya jika anda bertawakkal.' (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas'ud itu, ialah: setiap orang di antara kita ini ada perasaan-perasaan seperti itu, tetapi perasaan semacam ini akan hilang lenyap dari hati orang yang selalu tawakkal dan tidak membiarkan perasaannya itu tinggal dalam hati.


Antara surat berantai yang popular + khurafat




Sumber:

! Teruna Suci !
"

Mitsubishi Lancer & Proton Inspira adalah adik-beradik....

hah! btol ke?????






LOL! Proton Inspira 95% mempunyai persamaan dgn Mitsubishi Lancer.... dan harga Proton Inspira lebih murah berbanding Mitsubishi Lancer..Kompom la pasni ramai yg angkat Proton Inspira sebijik! kui3~

mybe, ada juga yg akan beli Proton Inspira dan menukar logo Proton kpd Mitsubishi agar kelihatan seperti Mitsubishi Lancer!! hahahaha.. LOL! berita tambahan

Xmo la aku jadi tUa mCm nie..

asalamualaikum....
haha, hari ni boring btol, bkak FB, MySpace, Tagged, Friendster, Twitter semua xde bnde best...
nak dijadikan cerita ak main2 la klik kt pakcik Google... 
tibe2 trjumpa la satu link http://in20years.com/
lalu ak pn tekan la, best gak link ni walaupun cm mngarut jer..kui3


aplikasi ni adalah untuk kita melihat lakaran awal 20 tahun wajah kita akan datang...so, ak pn try la.... klakar la plak, hilang macho, agak2 nyer makwe lari x bila dia tngok pic korang bila dah tua sekarang ni????
law nk tahu, TRY la!!!!!!
jadi, jika korg nak try tngok muka korg 20 tahun akan dtg, 
klik la link ni http://in20years.com/


ni wajah aku bila try aplikasi tu :
hahaha, klakar kan???
korang try la plak law berani!! kui3~


sumber

Games : Max & The Magic Marker...


Assalamualaikum....
hari ni ak nk kongsi dgn korg 1 permaianan yg aku jer jumpe n bru jer start main...
nama game ni  MAX & THE MAGIC MARKER ... game ni ak jumpa masa aku lawat mrpiratz.com

Sepintas Lalu mengenai game ni
Permainan ini berdasarkan 2D puzzle platform. Jika korang ada belajar fizik atau sains di sekolah, permainan ini boleh korang gunakan untuk mengadaptasikan pembelajaran korang tersebut. Ini kerana, permainan ini memerlukan korang melukis apa saja bentuk yang dapat membantu Max meneruskan pengembaraannya. Korang perlu melukis, melompat, dan berfikir cara untuk melepasi ke semua rintangan yang Max hadapi. Permainan ini dimulakan dengan Max (seorang kanak-kanak yang suka melukis) menerima sepucuk surat yang mengandungi Magic Marker. Lalu, Max pun mencuba Magic Marker tersebut dengan melukis seekor rasaksa dan mengakibatkan rasaksa tersebut hidup dan pergi mengucar-kacirkan lukisannya. Pengembaraan Max dan Magic Markernya bermula selepas Max melukis dirinya untuk menghapuskan rasaksa yang cuba mengucar-kacirkan lukisannya.
cara nak main ada dalam video klip kt bawah ni : Video klip Max & The Magic Marker

jadi law korang2 ni nak main dan rasai keseronokan game ni, korang boleh :

2. pas siap jer download, korang EXTRACT file tersebut(guna winrar)

3. selesai extract, korang open file tadi dan klik Max.exe

pastu korang start la play game tu....


credit to : mrpiratz.com

Selamat Hari raya AidilAdha!

Assalamualaikum,
hmm, rasa2 nyer aku x terlambat lagi nk ucapkan selamat hari raya AidliAdha or hari raya Qurban.......
1st Selamat Hari Raya AidilAdha aku ucapkan kpd family n saudara mara aku yg berada di kampung, syg sgt2 kt dorg...

xlupa juga kepada sahabat2 yg kenal dgn diriku ini xkira sahabat dari SK Parit 4, SMK Bagan Terap, SMK Sg. Besar, kem PLKN Paya Indah dan sahabat tempat ak blajar skrg iaitu IPGM Kampus Ilmu Khas...

bukan tu jer, kt sini ak juga nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kpd pelawat2 blog aku yg sudi melawat blog yg xseberapa ni...

Selamat Hari Raya AidilAdha!!!


p/s: xde gmbr aku beraya Qurban....JGN TERTIPU DGN PIC KAMBING TERSENYUM DIATAS(kambing tu nk nangis sbenarnyer)

Siapa Lelaki Dayus?

ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
 
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.
 
2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)  
 
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
 
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 ) 
 
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali. 
 
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 ) 
 
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
 
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 ) 

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
 
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya
 
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku" 
 
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
 
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. 
 
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
 
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
 
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)-

Sumber: Zaharuddin

[1st Post] akhirnya tercipta afiffaiz.blogspot.com


Assalamualaikum....


Alhamdulillah, dpt gak ak siapkan blog ak yg simple ni....
tujuan ak wat blog afiffaiz.blogspot.com ni hanya utk meluahkan isi hati, pendapat, cerita, pengalaman, n isi masa lapang....
jadi, blog ni bkn lah utk berpolitik k....jadi ak mengalu-alukan sape2 jer yg nk komen or kritik or share mklumat..
huhuhuhuhu~