RSS


Open Cbox

Surat Berantai? Ramai Khurafat

Surat Berantai? Ramai Khurafat: "
Gambar Dan nickname Dirahsiakan


Salam semua kepada pembaca blog teruna sungguh suci ni.. heh. sihat tak korang? Oklah kali ni aku nak cerita sikit pasal surat berantai, korang tau tak ape surat berantai? biar aku terangkan.(petikan daripada ustaz zaharuddin) Kita sering menerima surat tanpa nama pengirim ini dari semasa kesemasa.Surat ini juga ditabur di masjid-masjid dan tempat-tempat awam kononnya untuk menunaikan tanggungjawab menyebarkannya aku paparkan contoh surat berantai terkini ( yang sentiasa diubah dan ditambah).


Korang nampak tak gambar atas tu? memang benar ayat atas tu sangat bagus, tetapi yang aku highlightkan tu korang berhati-hati sikit, sebab boleh bawa khurafat benda tu.. Memang tak dinafikan naluri manusia untuk tidak melanggar peraturan, tapi itu hanyalah mainan ayat palsu sahaja..


Mungkin ade orang taksub dengan surat berantai ni, dan terus forwardkan kepada rakan-rakan, aku cakap terus terang ni, benda tu sebenarnya tak elok, jika surat itu melampau.. boleh dikategorikan sebagai khurafat. Aku nak cerita panjang lebar takut tersilap plak, so aku amik jawapan dari Ustaz Zaharuddin


Komen daripada Ustaz Zaharuddin
Tidak dapat dinafikan naluri manusia memang ada kelemahan, akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu.


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:


'Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan.' (Riwayat Thabarani)


Oleh karena ketiga perkara ini hanya semata-mata perasaan yang tidak berpengaruh pada suatu sikap dan perbuatan, maka dimaafkannya oleh Allah.


Dan diriwayatkan pula dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w. bersabda:


'Tathayyur (merasa sial) adalah syirik.' 3 kali.


Dan Ibnu Mas'ud sendiri berkata: ' Setaip orang akan ada perasaan-perasaan 'sial', dan lain-lain tetapi Allah akan menghilangkannya jika anda bertawakkal.' (Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)


Apa yang dimaksudkan oleh Ibnu Mas'ud itu, ialah: setiap orang di antara kita ini ada perasaan-perasaan seperti itu, tetapi perasaan semacam ini akan hilang lenyap dari hati orang yang selalu tawakkal dan tidak membiarkan perasaannya itu tinggal dalam hati.


Antara surat berantai yang popular + khurafat




Sumber:

! Teruna Suci !
"

0 comments:

Post a Comment